skip to main |
skip to sidebar
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup
sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak
mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah
dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas
perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin
hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang
terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah
dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah
dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang
perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak
diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI DAN UTK SEMUA :)
0 komentar:
Posting Komentar