RSS

Senin, 03 Juni 2013

✽ 9 SITI YANG PATUT DI CONTOH ✽

❥ 1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’..

❥ 2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. .

❥ 3) Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi Shallallahu Alaihi WasalLam minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama..

❥ 4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan ALLAH.. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan ALLAH demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

❥ 5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala untuk mengandungkan Nabi Isa..

❥ 6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

❥ 7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia..

❥8) Siti Muti’ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan ALLAH syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya saja..

❥ 9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana ALLAH Subhanahu Wa'tala..

SubhanALLAH..

❥ Semoga kita dapat mencontoh dan bisa menjadi seperti mereka...Aamiin

0 komentar: